2013年8月19日星期一


TAMADUN HWANG HO

Lokasi

Ø Tamadun ini muncul daripada kesuburan tanah.
Ø Sungai Hwang Ho juga digelar Sungai Kuning.
Ø Sungai Hwang Ho merupakan sungai kedua terpanjang di China (5464km).
Ø Sungai ini mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat ke Teluk Bo Hai di sebelah timur.
Ø Ciri-ciri fizikal bergunung-ganang dan berpadang pasir telah menyebabkan tamadun ini bersifat setempat.

 
                                         Peta menunjukkan lokasi tamadun hwang ho  
                                           


                                           gambar sungai Hwang Ho
 
 

Kerangka Masa

Ø Kemunculan tamadun Hwang Ho dapat dikesan daripada jumpaan tengkorak homo sapien yang dikenali sebagai Peking Men.
Ø Dinasti beraja pertama di China diasaskan oleh Dinasti Hsia.
Ø Dinasti Shang dapat dibuktikan melalui jumpaan arkeologi yang menandakan permulaannya pada sekitar tahun 1766-1050 S.M..
Ø Pada penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman pemerintahan Raja Shang .
Ø Hal ini telah mendorong suku Chou yang mendiami Lembah Sungai Wei mengambil kesempatan untuk menyingkirkan pemerintahan Shang.
Ø Dinasti Chou telah menggantikan Dinasti Shang.
 
gambar sungai Hwang Ho

Proses Pembentukan Tamadun Hwang Ho

Ø Tapak Banpo yang berdekatan bandar Sian moden merupakan petempatan awal penduduk Hwang Ho.
Ø Penduduk kawasan ini menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang serta mengumpul hasil hutan dan memburu.
Ø Salah sebuah bandar awal tamadun Hwang Ho ialah Anyang yang merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang.
 
                                          video yang berkaitan dengan Tamadun Hwang Ho
                                          

gambar sungai Hwang Ho

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

Ø Anyang yang terletak di Sungai Huan merupakan salah satu contoh negara kota dalam tamadun Hwang Ho.
Ø Di bandar ini terdapat istana,kuil,dan pusat pentadbiran.
Ø Ketua pemerintahan-raja,golongan pembesar dan golongan agama tinggal di kawasan bandar.
Ø Bandar Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat petani.
Ø Susun lapis dalam organisasi sosial:
 
 
 
 Ø Pengkhususan pekerjaan
² Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing.Terdapat 2 kumpulan  tentera yang menggunakan kereta kuda dan tentera berjalan kaki.
² Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan memenuhi keperluan golongan teratas.
² Golongan artisan mereka cipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas minuman dan makanan,senjata dan barangan tembikar.
² Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan selain digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan,dan tujuan korban dalam upacara penyembahan.

Ø Sistem pemerintahan
² Sistem pemerintahan Dinasti Shang berbentuk pemerintahan beraja dan pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda stau anak lelaki raja.
² Raja mempunyai kewibawaan politik,ekonomi,sosial dan agama.
² Raja berkuasa langsung di kawasan pusat pentadbiran.,
² Kuasa raja dipercayai merupakan mandat daripada tuhan dan tidak memerlukan pengesahan politik kerana raja adalah daripada keturunan pemerintah agama.
² Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan dalam urusan pentadbiran.
² Golongan bangsawan membantu dalam pentadbiran wilayah di luar pusat pentadbiran--berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam hal seperti pungutan cukai,pertahanan dan undang-undang.
² Sistem yang sama diasimilasikan oleh Dinasti Chou setelah mengambil alih pemerintahan Shang.
² Raja-raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini.Pembesar-pembesar wilayah diikat oleh ikrar taat setia dan memberikan hadiah seperti kereta kuda ,senjata gangsa,hamba dan binatang kepada pemerintah Chou.

Ø Agama dan Kepercayaan 
² Animisme dan politeisme.
² Masyarakat Shang menyembah roh nenek moyang.
² Mereka juga menyembah tuhan Syurga(Shang-ti) dan tuhan bum一(Tu),serta penyembahan sungai,bukit dan gunung.
² Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban.Upacara ini diketuai oleh golongan bomoh.
² Tulang binatang(tulang oracle) dan kulit kura-kura dijumpai di Anyang.Tulang oracle digunakan untuk meramal sesuatu keadaan.Golongan bomoh(menilik) akan meletakkan tulang ini di atas unggun api sehingga timbul rekahan dan rekahan ini ditafsirkan dan disabitkan dengan sesuatu kejadian.

                                                           tulang oracle

Ø Sistem tulisan
² Amalan penilikan tulang oracle ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan awal di China.Rekahan-rekahan pada tulang ini menimbulkan idea masyarakat tempatan untuk mencipta tulisan.
² Tulisan China berbentuk ideogram,iaitu tulisan berbentuk simbol.
² Tulisan asal ini kebanyakannya mempunyai gambar seperti kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.
 

Sumbangan tamadun Hwang Ho

Ø Politik
² Sistem politik tamadun Hwang Ho amat mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno seperti :-sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching ;(hanya gelaran raja ditukar kepada maharaja)
² Konsep anak syurga dan mandat dari syurga yang dikaitkan dengan raja (maharaja) dan amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke-20.

Ø Ekonomi
² Sejak Dinasti Shang lagi,pembangunan pertanian diberi perhatian oleh pemimpin China.Terusan-terusan dibina untuk mengairkan kawasan pertanian selain mengelakkan berlakunya banjir.
² Sistem pengairan ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China .Sebuah terusan telah dibina di Szechwan untuk mengairkan kawasan pertanian di wilayah tersebut .
² Kemajuan dalam teknologi pembajakan serta penciptaan cangkul dan sabit.
² Petani juga mula menggunakan batas untuk tujuan penanaman .
² Perubahan juga berlaku secara evolusi apabila petani China mula menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu dengan yang dibuat daripada besi.

Ø Sistem Tulisan
² Sistem tulisan China(ideogram) berkembang secara evolusi serta digunakan secara meluas dalam bidang penulisan dan percetakan.
² Tulisan ini juga diajar di sekolah-sekolah di China.
² Tulisan ini terus berkembang dengan penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun.

Ø Kepercayaan
² Unsur pemujaan roh nenek moyang telah dijalankan sejak zaman Shang telah diteruskan hingga hari ini.Namun,unsur korban manusia tidak lagi diamalkan dan digantikan dengan unsur makanan ,duit kertas dan barangan perhiasan.
² Konsep Yin(kuasa pasif) dan Yang(kuasa aktif ) serta Feng Shui masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
[orang China mempercayai Yin dan Yang ialah dua unsur penting dalam alam semesta dan kejadiannya serta perlu saling melengkapi]
[falsafah Taoisme yang berlandaskan falsafah alam semesta yang merujuk pada hubungan antara manusia dengan alam sekitar(terutama hubungan harmoni dengan alam sekitar.]
 
                                                                gambar Yin dan Yang
 
 
Ø Sistem kalendar
² Semasa pemerintahan Shang, sistem kalendar telah diperkenalkan.iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
² Kalendar digunakan oleh raja untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
² Amalan sistem kalendar turut digunakan untuk menjalankan aktivti harian seperti upacara perkahwinan,perburuan atau pengkebumian.

Ø Falsafah Perang Sun Tzu
²  Karya SunTzu ,The Art of War yang membicarakan selok-belok perang dan bagaimana menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa pada hari ini.
² Falsafah tersebut juga diaplikasi sebagai taktik dalam urusan perniagaan pada hari ini.

 
 
                                                  buku karya Sun Tzu--the Art of War
kuiz
1)Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho.
2)Mengapakah Dinasti Shang mengalami kejatuhan.
3)Apakah fungsi tulang oracle dalam kehidupan masyarakat tamadun Hwang Ho?
4)Nyatakan fungsi tulisan ideogram.
5)Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian.
6)Nyatakan kegunaan the Art of War pada masa kini.
 


 
 
 

没有评论:

发表评论